Tuesday 24 November 2015

Turki tembak jatuh jet Russia ceroboh ruang udara


turki tembak 3
TURKI, Selasa – Setelah memberi amaran sepuluh kali, tentera Turki terpaksa menembak jet Russia yang telah menceroboh ruang udara negara itu.
Jet model SU-24 milik Russia telah memasuki wilayah Turki dan ditembak oleh F16 Turki, lapor pegawai tentera Turki dalam satu kenyataan.
Sewaktu kejadian, dua jet menghampiri sempadan dan salah sebuah daripadanya ditembak.
Data menunjukkan bahawa ruang udara Turki dilanggar berulang kali.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu mengesahkan salah sebuah jet mereka telah ditembak jatuh di Syria namun menafikan laporan bahawa ianya melanggar ruang udara Turki. – Agensi

No comments:

Post a Comment