Thursday 12 November 2015

Mangsa cilik

Istanbul: Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk tujuh kanak-kanak mati lemas apabila bot dinaiki karam di persisiran Laut Aegean ketika menuju ke arah Greece semalam, lapor media tempatan dalam kematian terbaru membabitkan pelarian di Eropah.
Anggota pengawal pantai Turki berusaha mencari mayat mangsa yang terkorban dari bot kayu yang dalam perjalanan dari wilayah Canakkale di Turki ke pulau Lesbos di Greece, kata agensi berita Dogan. Laporan itu menambah, 27 orang berjaya diselamatkan termasuk seorang wanita hamil yang kini berada dalam keadaan baik.
Sementara itu, tiada maklumat lanjut mengenai kewarganegaraan mereka.
Menurut Dogan, anggota pengawal pantai dengan bantuan helikopter masih meneruskan pencarian bagi mangsa yang belum ditemui.
Semakin ramai pendatang dan pelarian yang melarikan diri dari peperangan serta kesengsaraan menuju ke Turki untuk masuk ke negara Kesatuan Eropah (EU). Turki kini menjadi tuan rumah kepada lebih 2.2 juta pelarian dari negara jiran, Syria.
Gambar pelarian Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang mayatnya ditemui terdampar di pantai Turki September lalu selepas percubaan untuk menghampiri Greece gagal, mengejutkan seluruh dunia, sekali gus mendesak pemimpin Eropah tampil menangani krisis pendatang itu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 10:51 AM


SEORANG pelarian mendukung bayinya ketika selamat tiba di Pulau Lesbos selepas meli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92497#sthash.tbI0ZLY4.dpuf

No comments:

Post a Comment