Sunday 6 December 2015

Penduduk bantah campur tangan Jerman di Syria

LYDIA 5 DISEMBER 2015


Penunjuk perasaan berkumpul di Berlin bagi membantah rancangan kerajaan untuk menghantar bantuan ketenteraan bagi memerangi IS di Syria. - Foto: AFP

BERLIN - JERMAN. Lebih 3,000 penduduk berkumpul di pusat bandar Berlin kelmarin, bagi menyuarakan bantahan dan kemarahan mereka terhadap rancangan Kerajaan Jerman untuk menyertai operasi ketenteraan di Syria.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berarak dan berkumpul di Pariser Platz sambil melaungkan slogan anti-perang.
Bantahan itu dianjurkan beberapa hari selepas Kabinet Jerman meluluskan mandat yang menawarkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) kononnya bagi memerangi kumpulan militan IS di Syria.
Kerajaan Jerman baru-baru ini, mengesahkan pelan penghantaran pesawat pengebom Tornado, kapal tentera laut dan 1,200 askar ke negara bergolak tersebut.
Ia sebagai respons terhadap gesaan Presiden Francois Hollande bagi memerangi IS susulan serangan berdarah di Paris yang meragut 130 nyawa pada 13 November lalu, lapor Press TV
.

No comments:

Post a Comment