Tuesday 9 February 2016

27 pendatang mati lemas dekat Turki

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 9:09 AM




ISTANBUL: Seramai 27 orang termasuk 11 kanak-kanak mati lemas selepas bot mereka karam di Laut Aegean ketika cuba menyeberangi dari Turki ke Greece, menurut Pengawal Pantai Turki. Pengawal Pantai Turki menemui bot membawa 40 orang yang separa tenggelam selepas ia belayar dari Edremit di wilayah Balikesir untuk ke Pulau Lesbos, Greece. Pengawal pantai berkata, setakat ini, empat pendatang berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat dari udara dan laut. Sehubungan itu, sembilan lagi pendatang dilaporkan masih hilang. Identiti warga negara mangsa masih belum diketahui. Agensi berita Dogan pada awalnya melaporkan sekurang-kurangnya 35 pendatang mati dalam dua kejadian berasingan di barat Turki tetapi kemudian melaporkan hanya satu insiden dengan 11 kanak-kanak terkorban. - AP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122631

No comments:

Post a Comment