Wednesday 6 April 2016

Pemberontak Syria mara ke Dabiq

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 9:48 PM

BEIRUT: Kumpulan pemberontak Syria mara menghampiri Dabiq, bandar utama di utara Syria yang dikuasai militan IS selepas mengusir mereka di lebih 12 perkampungan, menurut Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR). Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata tentera pemberontak kini berada pada jarak 10 kilometer dari Dabiq, bandar penting dari segi simbolik kepada militan IS.

"Sejak pertengahan Mac lalu, pejuang pemberontak disokong Turki merampas kawasan sempadan yang luas sepanjang 15 kilometer," katanya. Kumpulan pemberontak, termasuk Faylaq al-Sham dan Briged Sultan Murad, menawan 14 perkampungan sejak pertengahan Mac lalu. Dabiq, sebuah bandar dalam wilayah Aleppo, Syria ditawan IS pada Ogos 2014, adalah penting dari segi ideologi bagi kumpulan militan itu.

Bandar itu dikatakan akan menjadi medan pertempuran akhir zaman antara tentera Kristian dan pejuang Islam. Malah, kumpulan itu menamakan majalah dalam talian bahasa Inggeris mereka 'Dabiq' sempena bandar itu. - AFP


Pemberontak Syria mara menghampiri Dabiq. - Foto hiasan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140843

No comments:

Post a Comment