WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Wakil Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menuduh Turki membekalkan senjata kepada beberapa kumpulan militan, di sebalik tindakan kerajaan negara tersebut menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.
Dakwaan itu dilontarkan Bashar al-Ja’afari, semasa pembentangan laporan bulanan bantuan kemanusiaan ke Syria oleh PBB, kelmarin.
Dalam pembentangan tersebut, Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien mendakwa Kerajaan Syria menyekat banyak bantuan kemanusiaan untuk melalui negara tersebut ke negara Arab yang lain.
Namun, Ja’fari menempelak dakwaan O’Brien dengan mengatakan Kerajaan Syria melakukan pemeriksaan ketat ke atas kesemua bantuan tersebut.
“PBB perlu bekerjasama dengan Kerajaan Syria supaya segala urusan berjalan dengan lancar,” katanya. - Press TV