Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien berkata, tindakan mengepung dan membiarkan mangsa konflik itu dalam kebuluran sebagai ‘senjata perang’ di Syria adalah satu perbuatan keji.
“Berdasarkan maklumat terbaharu, sebanyak 592,700 orang penduduk hidup dalam kepungan (terperangkap) dengan kebanyakan mereka dikepung tentera kerajaan,” katanya.
O’Brien memberitahu, kerajaan Syria dan sebahagian kecil kumpulan penentang dilihat sengaja menghalang penghantaran bantuan itu.
Jelasnya, PBB meminta pihak bertanggungjawab supaya memudahkan pergerakan konvoi bantuan ke 35 buah kawasan yang dikepung dan sukar dihampiri.
“Bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan akses sepenuhnya kepada 14 buah kawasan dan separa akses kepada lapan lagi tempat,” katanya.
Dalam perkembangan berasin-
gan, lebih 100,000 orang penduduk Syria berhampiran sempadan Turki dilaporkan terpe-rangkap di sebalik serangan demi serangan oleh kumpulan militan IS yang menghampiri bandar Azaz di utara Aleppo selepas kumpulan itu menawan beberapa kawasan penting daripada kumpulan penentang kerajaan.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Syria, penduduk yang kebanyakannya berada di medan pertempuran itu dan sempadan Turki yang ditutup sejak setahun lalu tidak mempunyai tempat lain untuk meneruskan kehidupan.
Tambahnya, kebanyakan kawasan penempatan penduduk telah jatuh ke tangan kumpulan militan yang melakukan serangan secara rambang sehingga membedil rumah penduduk, menyaksikan sebanyak sembilan orang awam terbunuh di Kampung Kaljibreen, baru-baru ini.
Selain itu, sebanyak 15,000 orang penduduk di Marea, kira-kira 15 kilometer dari sempadan Turki, kini hidup dalam terkepung. – AFP/DPA