Tuesday 30 August 2016

Lebih 6,000 pendatang diselamatkan di Libya

SELASA, 30 OGOS 2016 @ 12:46 PM


BOT yang sarat dengan pendatang asing diselamatklan dari perairan Libya. - Foto AP


ROME: Kira-kira 6,500 pendatang asing diselamatkan dari perairan Libya, kata pengawal pantai Itali dalam satu daripada operasi terbesar seumpamanya setakat ini. Sejumlah 40 misi menyelamat dilancarkan kira-kira 20 kilometer di luar bandar Sabratha, Libya, katanya. Rakaman video menunjukkan pendatang, dipercayai dari Eritrea dan Somalia, bersorak dan berenang ke kapal penyelamat, manakala yang lain membawa bayi ke atas kapal. Semalam, lebih daripada 1,100 orang pekerja asing diselamatkan di kawasan yang sama. Ketidakstabilan di Libya menjadikan negara ini sebagai hab bagi perdagangan manusia. Dianggarkan 106,000 orang tiba di Itali setakat tahun ini manakala 2,726 terbunuh dalam cubaan itu, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM). IOM berkata, terdapat lebih 275,000 pendatang di Libya menunggu untuk menyeberang. Secara keseluruhan, kira-kira 284,000 pendatang memasuki Eropah setakat ini melalui pelbagai laluan transit di seluruh Afrika, Asia atau Asia Barat. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188092

No comments:

Post a Comment