Wednesday 31 August 2016

Tindakan Turki masuki Syria boleh cetus ketegangan dengan AS


AFP  |  31 Ogos 2016 1:08 AM

GAMBAR fail menunjukkan beberapa kenderaan milik tentera Turki

GAMBAR fail menunjukkan beberapa kenderaan milik tentera Turki sedang dalam perjalanan menuju ke Mursitpinar di sempadan Turki-Syria yang terletak dalam wilayah Sanliurfa.-REUTERS
ISTANBUL 31 Ogos - Tindakan Turki mengerahkan tenteranya menyeberangi sempadan Syria sejak seminggu lalu, boleh mencetuskan ketegangan dengan Washington sekiranya Ankara terus menggempur militia Kurdis yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Turki berkata, operasi ketenteraan itu bertujuan untuk membersihkan kawasan sempadan daripada anasir militan Daesh dan militia Kurdis yang anti-pengganas Daesh (YPG), yang disifatkan oleh Ankara sebagai kumpulan pengganas.
Sejak Ankara menghantar kereta kebal untuk membantu kumpulan pemberontak Arab Syria bagi mengusir kumpulan militan Daesh dari bandar sempadan Jarabulus minggu lalu, namun operasi ketenteraan Turki itu dilihat lebih menyasarkan kumpulan militia yang bersekutu dengan YPG.
Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, penghantaran pasukan tentera itu bagi militia Kurdis mewujudkan koridor sepanjang sempadan berkenaan, yang akan meransang kebangkitan pemberontak Kurdis daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di barisan hadapan.
Pembentukan zon penampan antara kawasan yang dikuasai Kurdis di timur laut dan barat laut Syria boleh menyebabkan Turki terkepung di sepanjang sempadan, kata Aykan Erdemir, seorang fellow kanan di Yayasan bagi Pertahanan Demokrasi yang berpangkalan di Washington.
“Akhirnya, Syria akan terheret menjadi medan pertempuran antara Turki dan PKK yang telah berlarutan sejak 1984,” katanya.
Semalam, Turki berkata, ia akan terus menyerang militia Kurdis daripada Tentera Demokratik Syria (SDF) sehingga mereka berundur ke timur di seberang Sungai Euphrate.
Pihak tentera berkata, ia telah membersihkan kawasan seluas 400 kilometer persegi daripada “elemen pengganas” tetapi kerajaan menyatakan tentera akan mara sehingga jauh ke selatan, ke arah bandar Manbij yang dirampas SDF daripada pengganas Daesh awal bulan ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tindakan-turki-masuki-syria-boleh-cetus-ketegangan-dengan-as-1.376799#sthash.kqrlHQ7D.dpuf

No comments:

Post a Comment