Thursday 27 October 2016

26 terkorban serangan udara di Syria

KHAMIS, 27 OKTOBER 2016 @ 8:42 AM

KEADAAN bangunan sekolah yang rosak dalam serangan udara di kampung Haas, Idlib. - Foto Reuters

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban kebanyakannya kanak-kanak sekolah dalam serangan udara oleh pesawat pejuang Syria atau Russia, di perkampungan dekat kawasan yang dikuasai pemberontak di Idlib, lapor petugas keselamatan dan kumpulan pemerhati.

Serangan itu terkena kawasan kediaman dan sekolah di kampung Haas, kata rangkaian anggota penyelamat Pertahanan Awam Syria di laman Facebook rasmi. Perang saudara ini menyaksikan pergeseran antara Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia, Iran dan militan Syiah dari Lubnan, Iraq dan Afghanistan menentang kumpulan pemberontak Sunnah termasuk yang disokong Turki, monarki Teluk dan Amerika Syarikat.

 Rangkaian Pertahanan Awam yang beroperasi di kawasan dikuasai pemberontak di negara itu berkata 20 daripada mangsa serangan semalam adalah kanak-kanak. Bagaimanapun, Laporan stesen TV rasmi Syria yang memetik sumber tentera sebagai berkata sejumlah anggota militan terbunuh apabila lokasi mereka dibedil di Haas, namun tidak menyebut ia turut terkena sebuah sekolah. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206427

No comments:

Post a Comment