Thursday 27 October 2016

Russia lancar kapal selam super-stealth terbaharu

KHAMIS, 27 OKTOBER 2016 @ 8:09 AM



RUSSIA melancarkan edisi terbaharu kapal selam diesel-elektrik super-stealth, Veliky Novgorod pada Rabu yang mengguna pakai kemajuan teknologi stealth dan mempertingkat keupayaan tempur. - Foto ihsan PressTV

MOSCOW: Russia melancarkan edisi terbaharu kapal selam diesel-elektrik super-stealth, Veliky Novgorod pada Rabu yang mengguna pakai kemajuan teknologi stealth dan mempertingkat keupayaan tempur. Edisi terbaharu yang memperlengkapkan lagi Angkatan Laut Hitam itu berupaya menyerang sasaran di darat, laut dan di dalam air. Ia dilancarkan secara rasmi dari Admiralty Shipyard di St Petersburg di hadapan Timbalan Komander Tentera Laut Russia, Laksamana Madya Aleksandr Fedotenko dan Ketua Pegawai Eksekutif Admiralty Shipyard, Alexander Kazakov. Kapal selam yang direka khusus untuk operasi anti-kapal dan anti-kapal selam di perairan dengan kedalaman sederhana itu berupaya membawa 52 anak kapal, dengan kelajuan tertinggi 20 knot dan belayar sehingga 643 kilometer. Ia berupaya untuk kekal di bawah air selama 45 hari dan lengkap dengan 18 peluru berpandu serta lapan senjata permukaan ke air. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206415

No comments:

Post a Comment