Monday 17 October 2016

Pemberontak Syria tawan Dabiq daripada Daesh


AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 8:28 PM

BEIRUT: Pemberontak Syria disokong tentera Turki menawan bandar simbolik penting Dabiq daripada kumpulan pengganas Daesh, lapor beberapa komander pembangkang dan badan pemerhati perang Syria. Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain, pemberontak menawan Dabiq selepas pengganas Daesh berundur. Bandar kecil di utara Syria itu amat penting kepada Daesh kerana satu ramalan tapak pertempuran kiamat dan sering dipaparkan dalam propaganda mereka. Kemaraan di Dabiq adalah sebahagian daripada operasi lebih meluas beberapa kumpulan pemberontak Syria. Komander kumpulan pemberontak Sultan Murad, Ahmed Osman memaklumkan, hari ini bahawa kumpulan itu turut menawan kembali kampung Soran, di sebelah kawasan terbabit. SOHR berkata, 1,200 anggota pengganas Daesh dikerahkan untuk mempertahankan Dabiq. Ia terletak hanya 10 kilometer daripada sempadan Turki. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202813

No comments:

Post a Comment