Monday 17 October 2016

Rakyat Syria tentukan masa depan sendiri


DARI kiri, Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry; Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov; Setiausaha Negara Amerika, Syarikat John Kerry; Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir; Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani; Menteri Luar Iraq , Ibrahim al- Jaafari; Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif; Wakil khas Setiausaha Agung bagi Syria, Staffan de Mistura; Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu; Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh bersama-sama di meja semasa mesyuarat dua hala membincangkan krisis di Syria, di Lausanne, Switzerland. - Foto REUTERS MOSCOW: Russia memaklumkan semua negara yang menyertai perbincangan di Lausanne bersetuju bahawa rakyat Syria akan menentukan masa depan mereka sendiri menerusi rundingan secara inklusif. Selain itu, katanya, sempadan negara itu patut dikekalkan seperti sedia dan Syria akan kekal sebagai sebuah negara sekular, selepas pertemuan itu berakhir, semalam. Kementerian Luar Russia berkata, untuk memastikan perjanjian gencatan Amerika Syarikat-Russia berjaya dan melancarkan penghantaran bantuan kemanusiaan, pembangkang sederhana Syria mesti meninggalkan Jabhat Fatah al Sham atau Barisan Hadapan Nusra dan beberapa kumpulan pengganas yang ada kaitan dengannya. "Pada masa sama, perlu diulangi bahawa operasi memerangi militan Daesh dan Barisan Hadapan Nusra akan diteruskan," kata kementerian itu. Pertemuan semalam dianjurkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di bandar Switzerland itu gagal mencari strategi sehaluan dengan Russia untuk menamatkan konflik di Syria yang kini masuk tahun keenam. Kerry menjemput Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dan tujuh menteri luar lain dari rantau itu iaitu Iran, Iraq, Arab Saudi, Turki, Qatar, Jordan dan Mesir, beberapa minggu selepas satu rancangan gencatan Russia-Amerika Syarikat gagal. Rata-rata menganggap rancangan itu adalah harapan keamanan terakhir untuk Syria, tahun ini. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202783

No comments:

Post a Comment