Thursday 6 October 2016

Rempuhan maut




Keadaan di tempat kejadian lelaki berusia 67 tahun maut dirempuh pacuan empat roda ketika tidur di rumahnya di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir, malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar


Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my



Permatang Pauh: Lelaki berusia 67 tahun maut selepas pacuan empat roda merempuh rumahnya ketika dia tidur di atas sofa di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber berkata, mangsa yang masih bujang itu tidur di atas sofa ruang tamu rumah sebelum pacuan empat roda dipandu seorang lelaki mabuk merempuh dinding kediamannya.

Katanya, mangsa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian dan kemalangan  disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 1:19 AM

No comments:

Post a Comment