Wednesday 5 October 2016

19 maut serangan udara di kubu Daesh

RABU, 5 OKTOBER 2016 @ 9:07 PM


BEIRUT: Tiga kanak-kanak adalah antara 19 orang awam yang terkorban dalam serangan udara di sebuah perkampungan di utara Syria dikuasai militan Daesh.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, ia belum jelas sama ada serangan itu dilakukan tentera sekutu diketuai Amerika Syarikat yang menentang Daesh atau pun Turki.

Kerajaan Ankara kini memimpin operasi menentang Daesh di kawasan terbabit dengan sokongan tentera pemberontak Syria.

Menurut kumpulan pemantau dari Britain, serangan itu menyasarkan perkampungan di Thalthana, wilayah bahagian utara di Aleppo.

Thalthana terletak berdekatan kawasan yang menjadi kubu kuat Daesh. Tentera Turki menggiatkan operasi mereka di situ sejak beberapa hari lalu. - AFP


BANGUNAN yang musnah selepas serangan udara di Aleppo, Syria. - Foto Reuters

No comments:

Post a Comment