Tuesday 26 March 2013

GEMPAR! juruterbang dedah semuanya...



Seorang bekas juruterbang kargo tentera Syria telah mendedahkan bagaimana dia menerbangkan misi rahsia bagi rejim Basyar Asad untuk membawa wang tunai dan senjata ke Syria dalam menghadapi sekatan antarabangsa. 

Juruterbang yang hanya mahu dikenali sebagai Nazim, mendedahkan bahawa dia atau rakan-rakan juruterbangnya menerbangkan sebuah pesawat kargo dua atau tiga kali sebulan untuk mengambil nota bank dari Rusia - termasuk sejumlah besar euro dan dolar yang diperlukan rejim Basyar. 

Beliau juga mengingati sekurang-kurangnya 20 misi ke Tehran. Dua kali yang dia terbangkan sendiri bagi mengangkut senjata dan bahan letupan yang dibekalkan Iran untuk digunakan oleh rejim dalam usaha menghancurkan kebangkitan yang bermula dua tahun lalu. 

Nazim kini berada di bandar sempadan di Jordan, di mana dia dan keluarganya telah melarikan diri pada September tahun lepas.

No comments:

Post a Comment