Tuesday 26 March 2013

syria

KENYATAAN

Ada pengunjung yang menyebut bahawa sebelum daripada berlakunya kebangkitan rakyat Syria, tidak pernah berlaku pembunuhan pada zaman Hafiz Asad mahupun Basyar Asad.

Pengunjung tersebut menyebut bahawa semua ini berlaku kerana kebangkitan rakyat yang dilakukan. Pada kami, mungkin dia lupa bahkan tidak tahu akan sejarah kezaliman yang dilakukan oleh keluarga Asad.

Nah, kami datangkan secebis fakta sejarah tentang kezaliman yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafiz Asad :

1) Pembunuhan Tel Za'atar : Pakatan antara rejim Asad dengan tentera Zionis yang membunuh lebih 2000 rakyat Palestin di khemah pelarian pada tahun 1976.

2) Pembunuhan Jisr Syaghur : Penyembelihan yang dilakukan oleh tentera Asad pada tahun 1980 ke atas sebuah penempatan yang berhampiran sempadan Turki. Serangan meriam dan kereta kebal ini mengorbankan 97 orang dan memusnahkan lebih 30 buah kampung.

3) Pembunuhan Penjara Palmyra : Lebih 600 hingga 1000 orang aktivis Ikhwan Muslimin dibunuh di dalam penjara ini pada 27 Jun 1980.

4) Pembunuhan Wanita Palmyra : Rejim Asad telah membunuh lebih 120 orang wanita yang merupakan isteri dan ibu kepada aktivis Ikhwan Muslimin yang dibunuh pada peristiwa yang disebut di atas. Ia berlaku pada 19 Disember 1980.

5) Pembunuhan Hayyu Masyariqah : Berlaku pada hari raya Aidil Adha bersamaan 11 Ogos 1980 yang telah menggugurkan lebih 100 nyawa.

6) Peristiwa Hama : Dalam tempoh 2 hingga 28 Februari 1982, lebih 40 000 ribu nyawa telah dibunuh oleh rejim Asad di wilayah Hama.

Ini baru secebis kezaliman yang dilakukan oleh rejim Asad sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat tanggal Mac 2011.

Kezaliman ini hanya ketika zaman ayah Basyar, Hafiz Asad dan tidak termasuk kezaliman ketika zaman Basyar. Nah, adakah dunia masih buta?
 

No comments:

Post a Comment