Sunday 24 March 2013

PERKARA PENTING YANG PERLU KITA KETAHUI



Rejim Basyar sekali lagi mula mencipta fitnah kepada mujahidin FSA untuk memburukkan imej mujahidin di mata dunia. 

1) Rejim Basyar menuduh mujahidin menggunakan Scud yang mengandungi bahan kimia dalam letupan di Halab baru-baru ini. 

Akan tetapi ia dinafikan oleh Komander Malik al-Kurdi yang mengatakan bahawa FSA tidak mempunyai senjata jenis ini. Kerana tidak mempunyai keupayaan (teknikal) untuk menggunakan senjata kimia.

2) Rejim Basyar menuduh mujahidin menjadi dalang kepada pengeboman di masjid Iman, Dimasyq semalam yang membawa kepada kematian Syaikh Ramadhan al-Buti.

Akan tetapi, jika dilihat kepada video kejadian tersebut, tidak ada pun sebarang kesan bom yang membawa kepada kerosakan kepada masjid tersebut. Komander FSA juga menafikan terlibat dalam pembunuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment