Sunday 24 March 2013

MUJAHIDEN INGIN 'BEBASKAN' AIRPORT



Mujahidin FSA mengumumkan bahawa pihak mereka telah melepaskan dua peluru berpandu di istana presiden. Juga terhadap satu pos keselamatan rejim di Kafr Sousa sebagaimana mereka juga mengumumkan bahawa telah menembak lebih 24 buah roket di Lapangan Terbang Antarabangsa Dimasyq semalam.

Berita rasmi rejim Basyar sendiri, "SANA" melaporkan bahawa 5 peluru mortar mujahidin telah jatuh di tempat-tempat yang berbeza di barat Dimasyq, antaranya mengenai taman Tasyrien dan kawasan sekitar simpati Hospital yang begitu hampir dengan istana Basyar.

Aktivis-aktivis berkata rejim segera menempatkan pasukan keselamatannya di sekitar kawasan terbabit. Laluan keluar masuk ke Dimasyq ditutup khasnya yang melalui pekan Kafr Sousa. Anggota-anggato pasukan keselamatan dan tentera rejim pula dilihat memenuhi segenap kawasan di ibukota Dimasyq saat ini.

Doakan mujahidin.
20032013

No comments:

Post a Comment