Sunday 24 March 2013

BASYAR BERTERUSAN MENGGUNAKAN SENJATA KIMIA



Mujahidin mendakwa bahawa tentera rejim telah melancarkan Scud yang mengandungi bahan kimia, tetapi terlepas sasaran dan terkena penyokong sendiri iaitu sebuah sekolah polis. 

Pemerhati melaporkan 26 mayat, termasuk sekurang-kurangnya 16 mayat tentera Bsyar. Sumber perisikan menyebut bahawa "sangat jelas" senjata kimia telah diguna rejim ketika membedil Halab pada hari Selasa.

Kolonel Malik al-Kurdi, timbalan komander FSA, memberitahu Al Jazeera bahawa dakwaan rejim Basyar bahawa mujahidin menggunakan senjata kimia di Khan al-Assal adalah tidak berasas:

"FSA tidak mempunyai senjata jenis ini, kerana tidak mempunyai keupayaan (teknikal) untuk menggunakan senjata kimia yang memerlukan makmal dan kaedah-kaedah lain untuk operasi di mana FSA tidak memiliki pada peringkat ini.

Secara prinsipnya, kita sepenuhnya menolak secara mutlak, penggunaan senjata jenis ini kerana ia bukan senjata pertahanan, tetapi direka untuk pembunuhan beramai-ramai, yang bertentangan dengan prinsip FSA dan revolusi Syria. "

No comments:

Post a Comment