Thursday 18 April 2013

27 maut pertempuran di Syria



AMMAN 18 April - Sebanyak 27 orang maut dalam serangan tentera Presiden Bashar al-Assad bagi mengekang kemaraan pemberontak di sebuah pangkalan tentera udara Syria berhampiran sempadan Lebanon, semalam.
Menurut para aktivis, dalam kejadian tersebut, anggota pemberontak berjaya menggoyahkan pertahanan tentera Syria di Pangkalan Tentera Udara Qusair selepas melakukan pengepungan selama sebulan.
Kawasan di sekitar pangkalan udara yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Lembah Bekaa, Lebanon itu merupakan kubu kuat pro-Assad.
Aktivis berkata, tentera kerajaan kemudian membalas kembali serangan tersebut dengan menggunakan roket serta serangan udara di kawasan berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_15/27-maut-pertempuran-di-Syria#ixzz2Qn7jfVJH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment