Thursday 18 April 2013

Barat akan terima padah kerana sokong pemberontak Syria



KAHERAH 18 April - Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini memberi amaran, negara Barat akan menerima balasan setimpal kerana menyokong 'kumpulan al-Qaeda' yang terlibat dalam pemberontakan di negara itu.
Dalam wawancara bersama stesen televisyen Al-Ikhbariya, Bashar mendakwa, negara Barat sebelum ini telah membiayai al-Qaeda di Afghanistan dan akan menerima balasan atas perbuatan tersebut.
"Kini, mereka (Barat) menyokong dan membiayai al-Qaeda di Syria, Libya dan beberapa tempat lain.
"Amerika Syarikat dan negara Eropah yang terlibat dalam pemberontakan di Syria akan menerima padah atas perbuatan mereka," tegasnya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_05/Barat-akan-terima-padah-kerana-sokong-pemberontak-Syria#ixzz2QldS33uH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment