Friday 12 April 2013

57 maut serangan di Syria



NEW YORK 11 April - Sekurang-kurangnya 57 orang maut, termasuk enam kanak-kanak selepas tentera melancarkan serangan habis-habisan di dua bandar di wilayah Daraa, selatan Syria, semalam.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak, tujuh wanita, 16 pemberontak dan 16 lelaki yang tidak dikenal pasti dan 12 askar maut selepas tentera melancarkan serangan di Al-Sanamein dan Ghabagheb, semalam.
Pengarah kumpulan itu, Rami Abdel Rahman berkata, serangan tentera itu dilancarkan sehari selepas berpuluh-puluh tentera dari pos berhampiran belot dan menyertai pemberontak.
Sementara itu, Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa tentera Syria telah melancarkan serangan udara secara melulu dan kadang-kala disengajakan ke atas penduduk awam sejak Julai lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 4,300 orang terbunuh.
Menurut HRW dalam laporannya yang bertajuk Death from the Skies hari ini, jet pejuang Syria menyasarkan serangan ke atas kilang membuat roti, orang ramai yang beratur mendapatkan makanan percuma dan hospital-hospital di utara negara itu.
Kumpulan yang beribu pejabat di New York itu berkata, aktivis mereka turut menjalankan pemeriksaan di 52 kawasan di utara Syria selama tiga bulan iaitu pada bulan Ogos, Oktober dan Disember tahun lalu. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130412/lu_09/57-maut-serangan-di-Syria#ixzz2QF5fFcGj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment