
TERKINI Dilaporkan beberapa orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, dibunuh oleh tentera rejim Basyar menggunakan peluru berpandu Grad di Kem Pelarian Palestin di Yarmouk, Dimasyq pada hari Ahad, 31 Mac 2013. Rejim Basyar yang kononya ''anti-zionis'' setakat ini, telah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, dalam tempoh dua tahun lalu, jauh melebihi bilangan yang dibunuh oleh Israel dalam tempoh yang sama. Hari ini, 1 April 2013, masih belum diketahui bilangan sebenar orang awam yang telah dibunuh oleh rejim Bashar di Kem Pelarian Yarmouk, Dimasyq. Hanya 12 yang telah didokumenkan setakat ini.
No comments:
Post a Comment