Tuesday 23 April 2013

85 terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Syria




AMMAN 22 April - Tentera Syria dan penyokong setia kepada Presiden Bashar al-Assad dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 85 orang ketika menyerang pinggir bandar Damsyik selepas lima hari pertempuran, menurut aktivis pembangkang.

Namun setakat ini belum ada pengesahan tentang dakwaan aktivis yang menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai itu’, termasuk kanak-kanak dan wanita di Jdeidet al-Fadel.

Pihak berkuasa Syria melarang kebanyakan media bebas memasuki negara itu sejak kebangkitan rakyat bermula pada 2011.

Agensi berita Syria, Sana melaporkan, tentera ‘menyebabkan kekalahan besar di pihak pemberontak di Jdeidet al-Fadel dan memusnahkan senjata serta peluru dan membunuh anggota pemberontak. - REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130422/lu_14/85-terbunuh-dalam-pertempuran-dengan-tentera-Syria#ixzz2REs2EQ9Q
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment