Wednesday 10 April 2013

Al-Qaeda mengaku ada peranan dalam perang Syria



DAMSYIK 10 April - Rangkaian kumpulan al-Qaeda di Iraq semalam mengaku memainkan peranan mereka dalam perang di Syria menerusi kumpulan pemberontak, pergerakan Barisan al-Nusra yang menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam pada itu meminta Syria meluluskan misi pemeriksa pertubuhan itu bagi menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia dalam konflik yang berlarutan sehingga dua tahun.
"Pergerakan Barisan al-Nusra merupakan satu cabang kumpulan Negara Islam Iraq (ISI)," kata ketua ISI, Abu Bakr al-Baghdadi dalam satu rakaman yang disiarkan secara dalam talian, sambil menambah kumpulan itu berjuang bagi penubuhan negara Islam di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130410/lu_03/Al-Qaeda-mengaku-ada-peranan-dalam-perang-Syria#ixzz2Q4jHeZIy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment