Friday 26 April 2013

#Syria, Homs- Talbiseh#



Video ini memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan yang sangat serius. Hampir separuh daripada ususnya terkeluar dari perutnya dan dia masih lagi bernyawa. Berulang-ulang kali bibirnya mengucapkan kalimat agung,”Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah”. Hanya kalimat itu sahaja yang mampu diluahkan oleh bakal penghuni taman syurga ini. Pasukan medical bertungkus lumus menyelamatkan kanak-kanak ini, semoga Allah memberi yang terbaik keatas adik ini.

Saudara-saudara seiman, kami tahu ada yang menangis dan sedih menonton video ini. Kami tahu kamu merasakan diri kamu lemah dan tidak berdaya membantu mereka, tetapi kamu mampu menghadiahkan doa keatas mereka. Panjatkanlah doa keatas saudara kita di Syria di dalam sujudmu, sesungguhnya, doa itu SENJATA bagi mereka yang beriman. Mereka sangat-sangat memerlukan doa dari kamu semua. Berdoalah.

Habunallah Wa Ni'mal Wakil..
"Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami.."

Clip : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hvcbQPj-IlY

No comments:

Post a Comment