Riyadh: Kementerian Hal Ehwal Islam dan Baitulmal memberi amaran kepada imam dan bilal masjid agar tidak menugaskan pekerja asing melaungkan azan atau mengimamkan sembahyang. Sambil menekankan bahawa tindakan sedemikian melanggar undang-undang, kementerian itu berkata, mereka yang ingkar akan dihukum dan dilucutkan jawatannya jika melakukan kesalahan berulang kali, lapor akhbar tempatan. Menurut sumber, kementerian itu mensyaratkan semua imam dan bilal mestilah rakyat tempatan.
Beberapa tindakan menanti mereka yang melanggar undang-undang bermula dengan amaran, pemotongan gaji dan akhirnya dipecat.
Sumber itu memetik pekeliling daripada cawangan kementerian itu di Riyadh kepada pengarah pentadbiran hal ehwal masjid, imam dan bilal, memberi amaran agar tidak melantik pekerja asing yang tidak bertutur bahasa Arab untuk melaungkan azan dan mengimamkan sembahyang. - Arab News
No comments:
Post a Comment