Thursday 9 May 2013

Perkhidmatan internet Syria pulih selepas dua hari 'bergelap'



DAMSYIK: Perkidmatan internet di Syria kembali pulih hari ini selepas seluruh negara 'bergelap' selama dua hari akibat terputus bekalan elektrik.

Media tempatan mendakwa gangguan bekalan elektrik seluruh negara itu sengaja dilakukan rejim kerajaan bagi melancarkan lagi operasi ketenteraan.
Dalam siaran media dan televisyen hari ini, pengumuman bahawa sistem komunikasi dan internet kembali pulih dan berjalan seperti biasa.

Perkhidmatan telefon antara wilayah di Syria juga terjejas sejak Selasa, demikian lapor agensi berita SANA. - AFP

No comments:

Post a Comment