Friday 3 May 2013

Perunding isu Syria mahu letak jawatan



New York: Perunding antarabangsa mengenai isu Syria, Lakhdar Brahimi bersungguh-sungguh mahu meletak jawatan kerana dia bosan dengan kebuntuan mengenai cara menamatkan konflik berkenaan.

Lakhdar juga yakin peranannya sudah dikompromi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Diplomat semalam berkata, Lakhdar dipujuk supaya bertahan sekurang-kurangnya ‘beberapa hari lagi’ sebelum meletak jawatan daripada tugasnya sebagai perunding PBB dan Liga Arab.


Seorang diplomat kanan di PBB berkata. dia juga mungkin dilantik sebagai penasihat Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. “Lakhdar mahu menjarakkan dirinya daripada Liga Arab kerana keputusannya bulan lalu untuk mengiktiraf pembangkang Syria,” katanya. Diplomat itu berkata, Lakhdar berasa pertubuhan itu cuba mempertikaikan pendirian tidak berpihaknya. Minggu lalu, Syria menuduh Lakhdar berat sebelah dan campur tangan dalam isu Syria selepas dia mengkritik reaksi Damsyik terhadap tawaran pembangkang untuk berunding.


Lakhdar juga menyarankan Bashar supaya tidak bertanding lagi untuk jawatan presiden negara bergolak itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment