Wednesday 1 May 2013

Rekod rakaman terkini oleh Hasan Nasrullah

Rekod rakaman terkini oleh Hasan Nasrullah, Ketua pejuang Hisbulat boleh disimpulkan seperti perkara-perkara berikut:

1. Musuh pertama kami adalah Israel.
2. Bilangan pejuang Hisbulat terbunuh di Syria yang mempertahankan Hawzah Syiah, dilaporkan lebih tinggi di media.
3. Kami tidak menyembunyikan jumlah sebenar pejuang kami yang mati di Syria.
4. Setakat ini, kami dan Iran tidak campur tangan di Syria dengan seluruh kuasa kami.
5. Syria ada kawan baik di kawasan ini. Kami dan Iran. Kami tidak akan benarkan pengganas menang di Syria dan kami bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Syria.
6. Pengganas di Syria menjalankan aktiviti dengan cara yang tidak sah. Mereka dikaitkan dengan negara-negara asing (Arab, Qatar, Libya) dan memperolehi senjata daripada mereka untuk menyebarkan agenda asing. Mereka seperti kuasa atau negara kecil di dalam negara besar Syria. Adakah Hisbulat terlupa tentang diri mereka sendiri. Mereka sendiri adalah agenda Iran yang membina negara kecil di dalam Lubnan!
7. Selepas 2 tahun, pengganas masih tidak dapat memenangi perang di Syria. Setakat ini anda hanya melawan pasukan Assad. Lebih baik anda berhenti sebelum rakan-rakan baik Syria (kami dan Iran) campur tangan dengan kuasa penuh kami. Masa itu anda akan menyesal. Kami bersedia untuk pertempuran yang panjang dengan anda. Semua orang tahu perkara ini, terpulang bagaimana anda mahu memahaminya.
8. Syria mempunyai kawan sejati di kawasan tersebut dan JANGAN benarkan Syria jatuh ke tangan yang salah. Jangan bertanya bagaimana. Kami bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Syria dari Tangan Yang Salah (FSA).
9. Siapa yang mahu selamatkan Syria atau berpura-pura mengambil berat tentangnya, mesti datang untuk bercakap dengan kami. Anda tidak boleh mengalahkan kami dan itu satu-satunya jalan yang ada.
10. Pelarian Syria mesti kembali ke negara mereka.
11. Jika anda memilih bahasa perang, kami bersedia untuk peperangan yang panjang dengan anda.
12. Dalam bandar Al-Qusair (berdekatan Hamah) di Syria, kami mempunyai lebih daripada 30 ribu askar di sana. Ia bukan rahsia. Kuasa-kuasa Assad telah dikalahkan dan meminta bantuan kami. Itu perkara biasa. Anda tidak perlu marah mengenainya.
13. Apa yang Tangan Yang Salah harap kami lakukan? Hanya melihat mereka? Sudah tentu kami akan membantu selamatkan Syria. Itu sebab kami masuki Syria tanpa kebenaran dari kerajaan Lubnan kerana campur tangan ini adalah logik dan tidak perlu mana-mana kebenaran daripada sesiapa.
14. Kami akan nyatakan dengan jelas, kuat atau perlahan-lahan. Kami tidak akan tinggalkan Al-Qusair dan kami akan membantu sekutu kami hingga akhir hayat.
15. Tidak penting bagaimana anda memahami kewujudan Hawzah Syedah Zainab di Damsyik. Walau bagaimanapun terdapat pengganas sekitar 100 meter dari situ. Ini adalah satu perkara yang sangat sangat sangat sensitif bagi kami terutamanya kumpulan kafir wahabi yang mengelilingi hawzah kami. Mereka mahu merobohkan hawzah kami! Mereka sakit dan mereka mempunyai Aqidah yang salah dan Fiqh yang sesat. Kami sudah tahu apa Wahabi mahu lakukan. Kami telah melihat mereka di semua negara, Mali, Libya, Mesir dan Somalia. Di setiap negara apabila mereka masuk, mereka merobohkan Hawzah kami seolah-olah kami adalah Israel. Itu sebab lami menghantar pejuang untuk mempertahankan Hawzah kami. Itu perkara biasa.
16. Kafir Wahabi robohkan banyak Hawzah kami di Iraq. Kami tak akan biarkan perkara ini berlaku di Syria lagi. Ia adalah hari hitam untuk kami.
17. Mujahidin kami di Hawzah. MEREKA adalah hero SEJATI, mempertahankan rantau ini daripada perang mazhab. Tidak seperti Tangan Yang Salah dan wahabi.
18. Mengenai Syiah di Halab, sebahagian daripada mereka telah diculik. Apa yang anda harap kami lakukan? Hanya duduk dan tonton Saudi lakukan perkara-perkara yang tidak baik? Apa yang anda harapkan? Sudah tentu kami akan datang untuk membantu membebaskan mereka.
(Video ini disunting pada penghujungnya dan terpotong beberapa perkara)
19. Saya ingin beritahu dunia, apa yang berlaku di Syria, secara langsung adalah urusan kami. Dan kami akan berada di sana. Jadi jangka kedatangan kami dan ketahuilah kesabaran kami hampir hilang.
20. Jangan jangan jangan uji kami dalam medan perang. Anda tidak boleh menang ke atas kami.

- UCAPAN SAYA AKAN DISAMBUNG DI KEMUDIAN MASA - Wassalam WA Rahmatullah.

CLIP: http://www.youtube.com/watch?v=xCMDosiM2SM

No comments:

Post a Comment