Wednesday 1 May 2013

Sekutu rapat Syria laung amaran tentang campur tangan kuasa asing



BEIRUT 1 Mei - Ketua pergerakan Hezbollah di Lebanon hari ini menegaskan, sekutu Syria tidak akan membiarkan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad jatuh ke tangan Amerika Syarikat (AS), Israel atau kumpulan ekstremis.
Dalam ucapan yang disiarkan melalui siaran televisyen Al-Manar, Hassan Nasrallah berkata, Syria mempunyai sekutu rapat di rantau ini yang tidak akan membenarkan kuasa asing campur tangan dalam isu di negara itu.
Kenyataan Hassan tersebut secara jelas merujuk kepada Iran sebagai sekutu rapat yang selama ini menyokong Syria dan pergerakan Hezbollah. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_07/Sekutu-rapat-Syria-laung-amaran-tentang-campur-tangan-kuasa-asing#ixzz2S3VUiQ6k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment