Wednesday 1 May 2013

Rusia larang semua pesawat penumpang terbang di Syria



MOSCOW 1 Mei - Agensi pengangkutan udara Rusia hari ini melarang semua pesawat penumpang negara ini daripada terbang di ruang udara Syria selepas krew sebuah pesawat melaporkan mereka diancam sewaktu berada di negara bergolak itu.
Agensi persekutuan Rosaviation berkata, larangan itu berkuatkuasa semalam dan akan dikekalkan sehingga diberitahu kelak.
"Agensi pengangkutan udara persekutuan percaya bahawa dalam keadaan ini, kepentingan komersial tidak boleh diguna pakai ke atas keselamatan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Rusia," katanya dalam satu kenyataan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_01/Rusia-larang-semua-pesawat-penumpang-terbang-di-Syria#ixzz2S3W7QdW9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment