BEIRUT 9 Mei - Syria mengiktiraf dan memberikan sokongan kepada Hezbollah dan akan menggunakan pendekatan pergerakan itu dalam menentang Israel, lapor akhbar Lebanon hari ini.
Akhbar Lebonan al-Akhbar melaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata, Damsyik akan 'memberi pergerakan Hezbollah segalanya' dalam mengiktiraf sokongannya menentang Israel.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam pertemuan dengan pelawat dari Lebanon di Damsyik dan seolah-olah menolak sebarang cadangan untuk menghentikan bantuan kepada Hezbollah.
Al-Akhbar melaporkan, pelawat Lebanon itu menyatakan Assad melahirkan keyakinan, kepuasan dan terhutang budi dengan Hezbollah.
''Buat pertama kali, kami merasa kami (Syria) menghadapi situasi sama dan mereka (Hezbollah) bukan sahaja sekutu yang kami bantu. Kami membuat keputusan bergerak bersama dan menjadi sebuah negara yang menentang cara Hezbollah demi masa depan generasi Syria,'' kata Bashar yang dipetik oleh akhbar tersebut.
Bashar berkata, Syria dengan mudah bertindak balas terhadap serangan udara rejim Zionis dengan melancarkan beberapa roket ke arah Israel,.
''Tetapi kami mahu pembalasan dendam strategik dengan membuka pintu tentangan dan mengubah Syria menjadi sebuah negara penentang.
''Selepas serangan itu, kami yakin kami memerangi musuh sekarang, kami sedang memburu askar 'mereka' yang dikerah di seluruh negara kami,'' katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130510/lu_01/Sokong-pergerakan-Hezbollah#ixzz2Srji7Zr3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment