Friday 10 May 2013

Syria gempur kubu pejuang



Beirut : Jet tentera Syria mengebom beberapa sasaran yang menjadi kubu pejuang antikerajaan di dua wilayah utara negara itu semalam ketika Presiden Bashar al-Assad terus menekan gerakan musuhnya.

Serangan semalam dilakukan sejurus selepas AS dan Russia bersetuju untuk bekerjasama bagi membawa kedua-dua pihak bertelagah ke meja rundingan bagi menamatkan konflik selama 26 bulan itu. Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera Bashar menggugurkan bom di Aleppo dan Idlib.


Kata pertubuhan berpangkalan di Britain itu, sasaran utama tentera Syria ialah kubu pejuang antikerajaan berhampiran pangkalan tentera udara di Mannagh, pinggir Aleppo. Pangkalan yang terletak berhampiran sempadan Turki itu dikuasai pejuang antikerajaan pada Ahad lalu tetapi mereka terpaksa berundur semula apabila berdepan dengan senjata lebih canggih rejim Bashar.

Sementara itu di Idlib, pertempuran sengit tercetus di luar beberapa pangkalan tentera berhampiran wilayah yang dikuasai kerajaan.


Di Damsyik pula, agensi berita SANA melaporkan, tentera kerajaan menguasai semula satu lagi perkampungan berhampiran sempadan Lubnan.


Menurut SANA, pejuang antikerajaan di Aleppo dan Idlib mengalami banyak kematian dalam pertempuran itu. - AP

No comments:

Post a Comment