Baitulmaqdis: Israel meminta Russia tidak menjual sistem pertahanan udara canggih keluarannya kepada Syria kerana ia akan membantu Presiden Bashar al-Assad menghalang campur tangan negara luar bagi menamatkan konflik yang kini berlangsung lebih dua tahun.
Memetik pegawai AS, Wall Street Journal melaporkan semalam, Israel memberitahu Washington bahawa Syria sudah membayar AS$900 juta (RM2.7 bilion) untuk membeli sistem pertahanan S-300 dan penghantaran awal dijadual bermula dalam tempoh tiga bulan akan datang. S-300 direka cipta untuk menembak jatuh kapal terbang dan misil pada jarak sehingga 200 kilometer.
Dengan senjata itu kemampuan pertahanan Syria akan meningkat walaupun ia gagal menghalang serangan udara rejim Zionis pada hujung minggu lalu.
Pegawai Israel berkata, mereka membangkitkan bantahan terhadap penjualan itu kepada Russia dan AS. Setakat ini tiada kenyataan balas yang dikeluarkan Moscow atau Damsyik. - Reuters
No comments:
Post a Comment