WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan terus membantu pembangkang Syria berhadapan konflik dengan kerajaan negara itu tetapi tidak menjelaskan dengan lebih terperinci jenis bantuan yang akan diberikan.
Setiausaha Negaranya, John Kerry berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memberi bantuan senjata tetapi tidak ada lagi sebarang pengesahan buat masa ini.
Katanya lagi, tentera negara juga sudah bersedia untuk melakukan serangan secara besar-besaran di utara Aleppo yang dipegang pemberontak.
“Kami sedang menumpukan usaha kami dalam melakukan apa saja yang termampu untuk menyokong kumpulan pembangkang Syria.
“Saya juga fikir mengenai kepentingan dalam mencari jalan damai dalam konflik Syria ini. Perang bukanlah salah satu jalannya,” ujarnya semalam.

No comments:
Post a Comment