Thursday, 13 June 2013

Beribu-ribu kanak-kanak jadi mangsa konflik Syria

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan beribu-ribu kanak-kanak terbunuh sepanjang konflik Syria yang bermula sejak Mac 2011.

Laporan PBB mendakwa, tentera kerajaan dan pemberontak menggunakan kanak-kanak tanpa mengira lelaki atau perempuan sebagai pengebom berani mati serta perisai manusia.

Bagaimanapun, laporan berkata itu menyebut, kanak-kanak di Syria merupakan yang paling ramai menjadi mangsa konflik negara mereka sendiri.

“Mereka dibunuh, dicacatkan, ditahan dan kemudian diseksa,” dakwa laporan itu lagi.

Laporan turut berkata, tentera Syria akan mendera kanak-kanak yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak.

Secara keseluruhannya, kajian mendakwa 21 jumlah negara yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa keganasan.

Untuk pertama kalinya, Mali turut tersenarai dalam laporan itu dan menjadi salah satu negara menjadikan kanak-kanak mangsa keganasan.

Laporan PBB berkata, di Mali, jumlah kanak-kanak adalah lebih separuh daripada penduduk yang berkapasiti 15.8 juta dan  menjadi antara negara yang terjejas teruk oleh konflik berterusan di bahagian utara negara itu.

No comments:

Post a Comment