Thursday 13 June 2013

Militan lepas 12 roket di sempadan Lubnan

Militan lepas 12 roket di sempadan LubnanPenduduk Lubnan mengangkat serpihan runtuhan selepas kediaman mereka dibedil roket di sempadan Syria semalam.

HERMEL - Anggota militan anti Syria nekad melepaskan 12 roket membedil bandar sekitar sempadan Lubnan, menyebabkan seorang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Media tempatan melaporkan pada AP, pegawai tentera sebagai berkata, militan Takfiri melepaskan roket itu dari Hermel ke sempadan Lubnan di Bekaa Valley.

“Serangan itu menyebabkan bangunan dan kediaman musnah. Puluhan ladang terbakar,” katanya.

Laporan turut menyebut, serangan militan asing semakin meningkat selepas tentera rejim Basar al Assad dikatakan mendapat sokongan dan bantuan daripada pergerakan Hizbullah.

Bulan lalu, Setiausaha Agung Hizbullah Seyyed Hassan Nasrallah mempertahankan keputusan untuk melawan militan asing di bandar sempadan al-Qusayr kerana mendakwa kumpulan pelampau di negara jiran Syria juga merupakan ancaman kepada semua masyarakat Lubnan.

Dipercayai, militan asing yang ditaja di Syria telah meragut ratusan ribu nyawa orang awam termasuk tentera rejim dan Kumpulan Pembebasan Syria.

No comments:

Post a Comment