Tuesday 4 June 2013

Yusuf Qardawi seru lancar jihad di Syria


DOHA 2 Jun - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi, kelmarin menggesa pengikut Sunnah supaya melancarkan jihad ke atas kerajaan Syria selepas pergerakan Hezbollah campur tangan untuk membantu Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara di negara itu.
Dalam laman webnya, Qardawi 'menyeru mereka yang berkeupayaan untuk berjihad dan berperang supaya pergi ke Syria untuk membantu rakyat Syria yang dibunuh di tangan apa yang beliau gelar sebagai parti syaitan'.
Qardawi yang merupakan tokoh kontroversi di Barat tetapi mempunyai jutaan pengikut, kebanyakannya daripada pergerakan Ikhwan Muslimin, pada masa sama turut membidas Iran kerana menyokong Assad.
''Setiap Muslim yang terlatih untuk berperang mesti menjadikan diri mereka sedia untuk menyokong pemberontak Syria,'' katanya dalam satu perhimpunan di sini, malam kelmarin.
''Iran sedang menggerakkan senjata dan tentera (bagi menyokong Syria), oleh itu mengapa kita harus terus duduk diam?,'' tambahnya yang menggelar Hezbollah sebagai 'parti syaitan'. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130603/lu_07/Yusuf-Qardawi-seru-lancar-jihad-di-Syria#ixzz2VCfgl3nF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment