Tuesday, 4 June 2013

Cerita Revolusi Syria

Peristiwa Sumber daripada Ikhwan Muslimin Syria melaporkan bahawa kini sedang berlaku perpecahan yang sangat besar di dalam tentera rejim Basyar.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini sahaja, 6 orang pegawai tertinggi tentera Syria dan 22 tentera berpangkat biasa telah berpaling tadah dan telah lari ke Turki dan mendapat suaka politik di sana.

Menurut sumber lagi, mereka telah lari bersama 224 orang termasuk ahli keluarga mereka. Hal ini kerana, kebiasaannya mereka yang berpaling tadah, rejim Basyar akan mencari ahli keluarganya dan membunuh mereka serta merta.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berpaling tadah dengan menyertai Tentera Pembebasan Syria dan bilangan mereka semakin bertambah.

Sumber El-Arabiya melaporkan bahawa negara China, Rusia, Iran dan Syria akan mengadakan latihan ketenteraan secara bersama di bumi Syria dalam masa terdekat.

Latihan tersebut akan melibatkan kesemua senjata-senjata berat termasuk pelancar roket, meriam jarak jauh, kereta kebal, jet-jet tempur dan lain-lain.

Suatu latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah bila mana lebih 90 ribu tentera akan terlibat, lebih 1000 buah kereta kebal dan jet-jet tempur akan turut serta digunakan dalam latihan ini.

Kesemua negara tersebut sebenarnya sudah lama memusuhi kaum muslimin. Maka tidak hairan apabila ulama ada meramalkan bahawa akan berlaku peperangan besar/armagadon akhir zaman tidak lama nanti.

Ia akan menyaksikan umat Islam akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang akan berperang menghadapi kesemua negara-negara musyrikin/mulhidin tersebut.

Syeikh Muhammad 'Arifi pernah menyebut di dalam khutbahnya bahawa kota Dimasyq di akhir zaman adalah pusat dan kota pertahanan utama bagi umat Islam. Di sanalah pejuang-pejuang Islam akan berkumpul, meninggalkan keluarga dan harta benda semata-mata mahu meninggikan agama Allah S.W.T.

Di sana jugalah pusat kekuatan tentera muslimin ketika hebatnya peperangan yang akan berlaku ketika itu.

Sabda Rasullullah S.A.W :

"Kota pertahanan umat Islam pada hari 'malhamah' ( peperangan yang besar) di akhir zaman nanti ialah di suatu kota yang berhampiran dengan sebuah bandar di suatu lembah yang subur dengan pelbagai tanaman yang dipanggil Dimasyq. Dan ia adalah sebaik-baikkota di negeri Syam ketika itu.."- Al-hadith

Apakah motif disebalik latihan ini? Apakah ia sekadar suatu kebetulan atau sebaliknya?

Ekoran daripada penubuhan Briged "Banat Al-Walid" beberapa hari yang lalu di wilayahHoms. Sehingga kini, semakin ramai muslimah Syria menyertai Tentera PembebasanSyria.

Ia adalah untuk melindungi diri dan keluarga mereka ketika mana para suami dan pemuda-pemuda Syria keluar ke medan jihad melawan rejim Basyar.

Teruskan doa kepada mereka. Semoga Allah memelihara dan memberi kemenangan kepada mereka.

Beberapa hari selepas kemenangan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir, media-media Iranmemainkan isu berkenaan hubungan di antara Iran-Mesir.

Media-media Iran juga melaporkan bahawa kononnya Dr Morsy ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, bahawa Dr Morsy akan mengukuhkan hubungan Mesir-Iran.

Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi kempen Dr. Morsy, Farid As-Sayyid menafikan ucapan yang disandarkan kepada Dr Morsy tersebut. Bahkan beliau menafikan bahawa Dr Morsy pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita daripada negara Iran.

Menurut beliau, kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr Morsy akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian beliau terhadap Iran yang terang-terangan menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau (Dr Morsy) sebelum ini iaitu :

"Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iranmengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria.

Media Iran menipu lagi?

Menurut laporan, Turki telah mempertingkatkan bilangan trak dan kenderaan tenteranya di sempadan Turki-Syria hari ini.

Hal ini menunjukkan, situasi tegang sedang berlaku di antara Ankara dan juga Dimasyq ekoran Syria menjatuhkan sebuah pesawat udara Turki beberapa hari yang lalu.

Bilangan kereta kebal dan beberapa trak tentera di sempadan Turki-Syria semakin bertambah selepas Erdogan memberi amaran keras dan berjanji akan menuntut bela di atas kematian tentera udaranya itu.

Menurut sebahagian pemerhati politik, ia juga adalah sebahagian strategi Turki sebagai protes di atas kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar ke atas rakyat Syria.

No comments:

Post a Comment