Monday 22 July 2013

13 sekeluarga dibunuh tentera pro-Bashar di Syria

BEIRUT 22 Julai - Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad membunuh sekurang-kurangnya 13 anggota dari sebuah keluarga di sebuah perkampungan Sunnah di Baida, semalam.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdelrahman berkata, empat wanita dan enam kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terbunuh di kampung itu, pembunuhan beramai-ramai kedua terbesar di kawasan tengah Syria.
"Seorang saudara mereka datang mencari mereka hari ini dan mendapati lelaki bersenjata sedang melepaskan tembakan dari luar.
"Mayat wanita dan kanak-kanak itu berada di sebuah bilik di rumah itu manakala penduduk sekitar mendakwa, beberapa mayat lain turut dibakar," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130722/lu_10/13-sekeluarga-dibunuh-tentera-pro-Bashar-di-Syria#ixzz2ZmiOisCv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment