Monday 22 July 2013

"Saya mohon kepada kamu semua, tolong sampaikan roti ini kepada kanak-kanak yang sedang kelaparan"

Malaysia Life Line for Syria
"Saya mohon kepada kamu semua, tolong sampaikan roti ini kepada kanak-kanak yang sedang kelaparan"

Kami baru sahaja diziarahi wakil daripada sebuah organisasi (Abrar Sham) yang menghantar bantuan ke pinggir bandar Damsyik. Mereka menceritakan bagaimana keadaan di sana sangat kritikal dengan bekalan makanan seperti roti telah dihentikan semenjak 2 bulan setengah yang lepas.

Banyak kawasan yang masih di dalam penguasaan rejim tentera zalim dan terlalu banyak checkpoint tentera yang tidak memungkinan pasukan sukarelawan Malaysia Life Line for Syria untuk masuk ke sana.

Kami pasrah apabila diberitakan tiada jalan yang selamat untuk masuk ke sana melainkan jalan perdagangan. Justeru, kami akan sampaikan bantuan ke pinggir bandar Damsyik ini melalui pertubuhan Abrar Sham.

Hulurkan derma anda melalui Malaysia Life Line for Syria.

Bagaimana untuk menyumbang?

MAYBANK: GABUNGAN SALAM SYRIA
NO. AKAUN: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

*Sila isi borang pada pautan berikut (selepas sumbangan telah dibuat) untuk tujuan pengecualian cukai/zakat dan juga dokumentasi pihak kami:http://form.jotform.me/form/30711383635451

*Sebarang sumbangan yang memerlukan potongan zakat/cukai, sila emelkan (malaysia4syria@gmail.com) kepada kami NAMA, ALAMAT RUMAH dan juga NO. TELEFON serta BUKTI SUMBANGAN.

No comments:

Post a Comment