Tuesday 30 July 2013

29 maut serangan peluru berpandu di Aleppo


Sebahagian mayat diletakkan di atas lantai sebelum dikebumikan selepas pertempuran antara tentera kerajaan dengan pemberontak di Khan al-Assal, Aleppo, Syria, Jumaat lalu. - Reuters
DAMSYIK 28 Julai - Sekurang-kurangnya 29 orang terkorban dalam serangan peluru berpandu oleh tentera kerajaan di bandar Aleppo semalam, dalam satu lagi pertumpahan berdarah yang berlarutan di negara ini.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria memaklumkan, sebanyak 19 kematian terdiri daripada kanak-kanak dalam serangan peluru berpandu tentera kerajaan di kawasan perumahan di Bab Nairab, utara Syria itu.
Menurut badan tersebut, tentera menyasarkan serangan ke atas ibu pejabat pemberontak, termasuk pusat kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), tetapi peluru berpandu jatuh berpuluh-puluh meter jauh dari lokasi sasaran.
"Seluruh keluarga saya telah dibunuh,'' kata seorang kanak-kanak lelaki yang menangis berhampiran runtuhan rumahnya dalam sebuah video yang dirakam oleh badan pemerhati itu.
Jumlah kematian dijangka meningkat kerana operasi menyelamat masih lagi dijalankan sehingga semalam.
Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 150 maut dalam satu pertempuran antara tentera kerajaan dengan pemberontak di bandar Khan al-Assal, Aleppo.
Sementara itu, tentera kerajaan hari ini berjaya merampas daerah Khaldiyeh di Homs selepas menewaskan pemberontak dalam satu pertempuran sengit.
Menurut sumber, tentera kerajaan kini berjaya mengawal 60 peratus daripada Khaldiyeh termasuk menawan Masjid Khaled bin Walid. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130729/lu_04/29-maut-serangan-peluru-berpandu-di-Aleppo#ixzz2aWzzzpJL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment