Tuesday 30 July 2013

Haiwan ini telah membunuh ramai saudara islam kita! Ahl al sunnah!


Iran, Hizbullat, China, Russia telah memberi bantuan kepadanya kerana mereka takut akan kononnya "RAJA NEGARA ISLAM" dan mereka tahu bahawa kekuatan islam di Syam.

Riwayat Hadis Ibnu Hawalah r.a, Nabi SAW bersabda " Akan berlaku pada urusan (agama ini), hingga kamu akan menjadi tentera yang berpasukan-pasukan. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq"

Kata Ibnu Hawalah, " Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah, sekiranya engkau kehendaki."

Lalu, Rasulullah bersabda, " Hendaklah kamu berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihan-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Berilah minum daripada tadahan air kamu. Maka sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kepadaku dengan negeri Syam dan penduduknya.

( Dari Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih ).

Hadis ini menceritakan kelebihan bumi Syam dan penduduknya, dimana difahami negeri Syam ini terbahagi kepada Palestine, Syria, Lubnan dan sebahagian Jordan.

InshaAllah Mujahideen FSA adalah pahlawan-pahlawan islam. Dan akan membunuh musuh-musuh yang telah membunuh saudara-saudara kita. Dan memberi pengajaran kepada makhluk-makhluk yang telah memusnahkan rumah-rumah Allah (Masjid) di sana.

Adalah sangat penting untuk kita sebagai umat islam..sebagai satu ummah bersatu hati. Memberi sokonan semampu mungkin. Doakanlah saudara-saudara kita yang telah ditindas di seluruh dunia oleh musuh-mush islam yang tidak berhati perut. Doakanlah saudara-saudara kita...

Jangan lupa pada malam-malam 10 Terakhir inilah sangat besar kemungkinan salah satu di antaranya adalah malam Lailatul Qadar. Suatu malam penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan.

“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

No comments:

Post a Comment