Wednesday 31 July 2013

Ahli politik Syria maut letupan bom kereta

DIYARBAKIR, Turki 31 Julai - Seorang ahli politik terkemuka Kurdish Syria maut, selepas sebutir bom yang diletakkan di dalam keretanya meletup di luar rumahnya berhampiran sempadan Turki, semalam.
Ketika kejadian, Isa Huso, seorang anggota jawatankuasa perhubungan luar di Majlis Tertinggi Kurdish, sebuah kumpulan yang dibentuk bagi menyatukan parti-parti Kurdish Syria baharu sahaja keluar daripada kediamannya di bandar Al Qamishli sebelum bom itu meletup.
Menurut aktivis Kurdish, Massoud Akko, Huso dalam lingkungan 50-an merupakan seorang yang sederhana dan pernah dipenjarakan beberapa kali kerana berkempen untuk hak asasi manusia. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130731/lu_02/Ahli-politik-Syria-maut-letupan-bom-kereta#ixzz2adK8UQWu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment