Wednesday 17 July 2013

PBB dakwa krisis Syria semakin buruk



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran konflik Syria semakin meruncing dan ia menjadi semakin hebat dengan keganasan yang mula menular di negara jiran, Iraq.

Pesuruhjaya Tinggi bagi pelarian, Antonio Guterres memberitahu dalam mesyuarat semalam, jumlah pelarian semakin meningkat pada jumlah yang sangat menakutkan sejak pembunuhan beramai-ramai Rwanda hampir 20 tahun lalu.

Penolong Setiausaha Agung bagi Hak Asasi Manusia, Ivan Simonovic pula memberitahu  sekurang-kurangnya 92, 901 orang terbunuh di Syria dan 6,500 di antara mereka merupakan kanak-kanak.

“Kadar pembunuhan kini sangat drastik, kira-kira 5,000 kematian dalam masa sebulan,” kata Simonovic.

Guterres pula berkata, seramai 1.8 juta pelarian sudah berdaftar dengan PBB di Lubnan, Turki, Jordan, Iraq, Mesir dan negara sekitar sejak konflik bermula pada Mac 2011.

Penilaian terbaru daripada Program Makanan Sedunia (WHO) pula mendapati seramai empat juta orang di Syria kini tidak lagi dapat memenuhi keperluan makanan asas mereka.

No comments:

Post a Comment