Friday 2 August 2013

PBB siasat penggunaan senjata kimia

PBB siasat penggunaan senjata kimiaWakil kerajaan Syria melawat lokasi didakwa terdapat penggunaan senjata kimia di bandar al-Khalidiye, Homs. Foto: EPA

 NEW YORK - Syria membenarkan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat tiga lokasi di mana berlakunya serangan senjata kimia seperti dilaporkan.

Media tempatan melaporkan, sebelum ini, Presiden Bashar al-Assad tidak membenarkan penyiasat PBB untuk memasuki negara itu selepas PBB dalam inkuirinya memutuskan larangan penggunaan sejata kimia pada Mac lalu.

Jurucakap PBB Martin Nesirky dalam satu kenyataan kepada Al Jazeeraberkata, kebenaran itu diberikan susulan persetujuan kerajaan Syria untuk membenarkan dua wakil misi PBB memasuki Damsyik, minggu lalu yang diketuai oleh pakar Sweden, Ake Sellstrom.

“Misi PBB ke Syria itu akan dilakukan dengan segera untuk menyiasat tiga laporan mengenai penggunaan senjata kimia selepas tercetus pertempuran sengit antara tentera rejim dan Kumpulan Pembebasan Tentera di Khan al-Asal, Aleppo minggu lalu.

No comments:

Post a Comment