Monday 5 August 2013

Pembebasan Busra al-Harir dan Nawa (Bahagian 1)

Pembebasan Busra al-Harir dan Nawa (Bahagian 1)

Lagi berita menggembirakan buat kita semua. Banyak betul berita gembira dalam bulan ramadhan tahun ini. Setelah kita melihat berita perkembangan utara Syria, kali ini kita turun ke selatan pula.

Negeri yang terletak di selatan Syria adalah negeri Dara'a. Peta menunjukkan sempadan negeri Dara'a. Ibu negerinya juga bernama Dara'a (bulatan biru). Hijau menandakan daerah atau kawasan yang dikuasai oleh mujahiddin. Penguasan bandar Dara'a adalah 50-50. Selatan bandar Dara'a dikuasai mujahiddin manakala utara bandar masih lagi dikuasai rejim laknat. Serang menyerang masih berlaku sehingga ke saat ini. Penguasaan negeri Dara'a juga adalah 50-50. Selatan negeri dikuasai mujahiddin, manakala utara negeri Dara'a masih lagi ditangan tentera rejim.

Mujahiddin berjaya menawan Kem tentera Transportation Division yang terletak berhampiran Busra al-Harir (bulatan bertanda X), penguasaan kawasan ini menandakan kawasan Busra al-Harir dan Ezra berjaya dibebaskan. Mujahiddin juga berjaya membebaskan kawasan Nawa (bulatan bertanda Y). Nampaknya mereka semakin mara ke utara. Insya Allah, setahun dua lagi mereka akan menghampiri Damsyik dan menyerang Damsyik dari selatan.

Sementara itu mujahiddin terus menyerang kawasan Kherbet Ghanzalah (bulatan merah). Insya Allah tidak lama lagi kawasan ini akan dapat dibebaskan. Jika Kherbet Ghanzalah berjaya dibebaskan, secara automatik mereka menguasai laluan utama Dara'a-Damsyik dan ini akan menyebabkan tentera rejim syiah laknat yang berada di kawasan kuning terkepung.

Video-video akan menyusul selepas ini. Jangan lupa doakan untuk mujahiddin, dan jangan lupa sedekahkan sedikit wang yang kita ada untuk tabung-tabung Syria.

No comments:

Post a Comment