Tuesday 6 August 2013

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA).

Assalamualaikum wrt wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim
Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria
dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti
yang dipaparkan di dalam laman web di bawah.

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi
bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat
langsung dengan sebarang pertempuran apatah
lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA).

Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau
menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar.

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi
peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung
dengan tujuan misi.

Sekian. Terima kasih.
By: Listen Listen Original

Kepada tuan/pun yang sudah terlanjur
menyebarkan berita seperti yang sebelumnya,
mohon remove balik kenyataan itu bahawa beliau
sebagai mujahidin dari Malaysia, demi
menghormati maruah saudara Faisal Hamdi dan
keluarganya. 

Cukuplah sekadar usaha murninya
berangkat ke Syria mendapatkan informasi untuk
rakyat Malaysia, sudah terlalu besar jasa Saudara
Faisal dan barisan sukarelawan yang lain. Kami
mohon maaf diatas apa yang telah berlaku.

P/s :admin terpaksa delete post td....

-muiz-

Sebarkan

No comments:

Post a Comment